Thursday, April 29, 2010

Pelik Tapi Benar.!!!

Hari ni Malaysia dikejutkan dengan berita yang mungkin kedengaran pelik tapi sesungguhnya benar.....

Seorang lelaki telah dipukul sehingga mati, hanya gara-gara sampah..... pelik??? tapi benar!!!! Mangsa telah dipukul di kepala oleh dua orang lelaki anak beranak hanya kerana perselisihan tentang sampah.... Mangsa yang dikejarkan ke hospital gagal diselamatkan...
Hanya kerana sampah...seorang lelaki telah meninggal dunia.... dan dua orang lagi bakal menerima hukuman.... mungkin MATI!!!!

** Iktibar " Jangan buang sampah merata-rata."

Wednesday, April 28, 2010

Suatu petang

Dialog sepasang suami isteri tua pada suatu petang.

Isteri : Bang, Boleh tak abang cukur misai, jambang dengan janggut tu, berserabut. Teruk betul... sampai apa yang abang makan masa sarapan tadi pun saya tahu...

Suami : Awak tahu ??? Apa dia ?

Isteri : Tu...!! ada bihun dengan sos cili, kat janggut ngan misai abang tu..!!!

Suami : Issshhh!!!! Itu sarapan pagi semalam.!

Hai..!!!

Salam...!!! Ini sepatutnya entri aku yang pertama.... sebenarnya aku dah sign up as a blogger kat blogspot ni dah 3 @ 4 hari yang lepas ( kalau tak silap le ... dah lupa )...tapi pada masa tu aku tak ada apa yang nak disampaikan kat sini... jenuh jugak la, aku memikirkan apa yang patut aku tulis dalam entri pertama aku ni....

Akhirnya...aku buat keputusan untuk menulis pengenalan ini sebagai first entri aku... bukan apa...sementara aku tak ada idea ni... nak jugak tengok blog aku ada bahan yang boleh dibaca. Jadi, tulis aje la apa yang terlintas di kepala aku ni... Kiranya mungkin entri ni la yang paling jujur... kerana aku pun just taip aje apa yang sekilas terlintas difikiran tanpa banyak berfikir...
So.... oleh kerana buat masa ni aku pun kekurangan idea (kekurangan ilmu juga ; tentang blog nie), boleh le kiranya sesiapa yang berhajat menurunkan sedikit ilmu @ idea untuk aku teruskan celoteh aku di blog ni di lain waktu...
Apa saja cadangan @ idea yang korang bakal kongsi, aku dahulukan dengan jutaan terima kasih....
Salam perkenalan... Chow!!!